Page 1 of 6 123 ... LastLast
Results 1 to 10 of 59
  1. #1
    Administrator
    Join Date
    Apr 2012
    Posts
    21

    Temuduga Penguasa Kastam

    Setiap temuduga dirangka khusus untuk mendapatkan calon-calon yang sesuai untuk jawatan tersebut. Begitu juga untuk jawatan Penguasa Kastam ini sudah tentu ianya dirangka dengan rapi kerana kekosongan jawatan terhad. Berikut adalah sedikit panduan persediaan untuk menghadapi temuduga ini yang dipecahkan kepada sebelum, semasa dan selepas interview.

    Persediaan SEBELUM INTERVIEW
    Persediaan anda harus mencakupi SKOP BESAR;



    Fokus kepada 3 skop ini dalam persediaan anda. Jangan hanya fokus kepada jawatan Kastam, tetapi besarkan persediaan anda kepada 3 skop di atas.

    Tampilkan intelektualiti anda. Anda harus membuat persediaan yang mencakupi refleksi intelektual anda. Adalah amat memalukan jika anda dipanggil ke temuduga Gred 41 (Penguasa Kastam) tetapi anda tiada maklumat asas dalam perjawatan ini dan struktur pentadbiran awam. Antara maklumat dan persediaan yang anda perlu dalam menyediakan diri anda dalam skop intelektual ini adalah;

    • Tahu senarai nama kabinet terbaru, KSN, Ketua Pegawai Perkhidmatan Awam dan orang-orang penting kerajaan
    • Isu kenaikan cukai 5% ke 6% (perlaksanaan 2011)
    • Cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penyiaran berbayar (perlaksanaan 2011)
    • tahu dasar kerajaan terbarunya contohnya “1Malaysia oleh YAB PM” dan biasanya kita akan ditanya tentang apa pandangan tentang langkah kerajaan berhubung “1 Malaysia”.
    • Tahu mengenai program transformasi kerajaan (inisiatif kerajaan secara umumnya)


    Kepekaan dengan isu-isu semasa. Isu berkaitan Kastam khususnya dan juga isu nasional seperti;




    Jelas halatuju. Ini adalah perkara utama yang anda perlu buat persediaan. Anda bakal ditanya dengan soalan-soalan berkaitan diri sendiri seperti;

    • apa matlamat hidup?
    • kenapa mahu jadi Penguasa Kastam?
    • sanggup dihantar bertugas di luar kawasan?
    • kenapa mahu tinggalkan kerjaya sekarang yang sudahpun beri banyak gaji berbanding Kastam?
    • apa yang anda akan jadi dalam masa beberapa tahun akan datang?


    Jadi skop sebelum interview adalah persediaan. Persediaan anda harus mencakupi pelbagai cabang dan 3 perkara di atas adalah sesuatu yang mesti dititikberatkan. Jangan hadir temuduga tanpa persediaan!

  2. #2
    Administrator
    Join Date
    Apr 2012
    Posts
    21

    Cool Semasa Temuduga

    SEMASA INTERVIEW
    Jika boleh anda kenali dahulu siapa penemuduga. Anda boleh terus bertanya sebelum masuk ke bilik interview. Untuk sesi 2010, ada sesi temuduga melibatkan pengerusi SPA sendiri (pada masa itu) iaitu Tan Sri Jamaluddin Hj Ahmad Damanhuri (mantan).

    Mengenali siapa penemuduga anda adalah satu kelebihan kerana anda boleh mula masuk dewan dengan salutasi "Salam sejahtera/Assalamualaikum Yang Berbahagia Tan Sri ..." sekaligus menampakkan yang anda peka.

    Anda boleh lihat website SPA dan Kastam untuk kenal mereka-mereka yang selalu terlibat dalam proses temuduga melalui link ini;
    http://www.spa.gov.my/Portal/AhliSuruhanjaya
    http://www.customs.gov.my/index.php/...usan-tertinggi

    Mula masuk ke bilik Interview harus tertib dan dimulakan dengan pembuka salutasi dan jangan lupa senyuman.

    • Ceriakan wajah anda
    • Duduk dengan betul tanpa bersilang kaki dan meyakinkan
    • Jangan duduk dahulu, anda boleh duduk bila diminta oleh interviewer
    • Jawab soalan interview hendaklah berstruktur, tepat dan ringkas



    Contoh jawapan yang berstruktur, tepat dan ringkas adalah;
    Beri pandangan anda tentang langkah pencegahan H1N1
    Anda harus jawab “Terdapat beberapa cara pencegahan H1N1. Yang pertamanya…Yang keduanya,..Yang ketiganya…”

  3. #3
    Super Moderator
    Join Date
    Jun 2012
    Posts
    29

    Selepas Temuduga

    SELEPAS INTERVIEW
    Jangan terus keluar tanpa mengucapkan terima kasih
    kepada panel penemuduga.

    Ingat, jangan sesekali merayu seperti,
    "tolonglah, saya amat perlukan jawatan ini. Mak saya sakit di kampung ...etc"

    Anda tak perlukan semua itu. Buat sehabis baik dan biar
    keputusan dibuat berdasarkan kebolehan anda. Merayu
    sedemikian hanya menjatuhkan kredibiliti anda dan peluang
    untuk anda amat tipis.

    Jangan lupa, bila pulang ke rumah berdoalah supaya berjaya

    [1] Download Koleksi Isu Semasa 2011 & 2012 PERCUMA di SINI (File size 3.3MB)

    [2] Dapatkan Koleksi Soalan Matematik khusus peperiksaan Kerajaan di;

    www.soalanMatematik.com

  4. #4
    Super Moderator
    Join Date
    Jun 2012
    Posts
    29

    Cool

    Mungkin berguna untuk rujukan persediaan
    semua calon Penguasa Kastam nanti, situasi
    sebenar di bilik temuduga kerajaan

    Ianya diambil dari perkongsian di blog tipsptd.com
    untuk jawatan PTD bukan Kastam. Tapi rasanya
    ianya bermanfaat untuk persediaan 'psikologi'
    sebelum hadir exam kerajaan nanti

    =================================
    Perkongsian Sesi Temuduga Kerajaan
    =================================

    Assalammualaikum Datuk, Tuan (sambil memberikan senyuman yang paling hensem aku kat dua2 panel interview aku dan merenung anak mata depa sambil menganggukkan kepala sket tatkala bersalaman.)

    Aku masuk penuh tertib+senyum xabes2 cam kerang busuk pastu terus aku salam kedua2 panel interview kat luar. Aku tanya dulu, Apa khabar Datuk, Tuan? (sambil senyum lagi). Mereka jwb Alhamdulillah sihat (hahaha amek tips from jobs hunting strategies kat UTP! seblm depa interview kita, baik kita interview depa dlu!) dan aku terus memberikan fail2 berisi sijil2, degree holder, resume dan beberapa dokumen penting yg telah disediakan oleh SPA semasa mendaftar pukul 8 td.

    Tiba2:
    Tuan Ayouf: Sejuk tgn Encik Rahim? (sambil mengurut2 misai putihnya yang tebal! seyes!)
    Calon PTD: agak kuat aircond di luar tadi encik (sambil memberikan senyuman yang paling hensemnya)
    Aku meminta izin utk duduk dan setelah diberi kebenaran, aku duduk kat kerusi. (suasana dlm bilik interview ada 1 kerusi utk calon dand 2 buah meja+kerusi utk panel dan sebuah laptop. Bilik agak sederhana besar sesuai utk interview session.)

    Keadaan berlangsung lagi…

    Datuk Ahmad: Encik Rahim pernah hadir temuduga dgn saya ke sblm ni?
    Calon PTD: (soalan yang aku dah jangka!) Pernah Datuk, bulan 12 lepas di sini Datuk.
    Datuk Ahmad: Jwtan apa tu?
    Calon PTD: Penolong Pegawai Pendaftaran Gred s27 Datuk.
    Datuk Ahmad: Yg tu pon kamu xlepas ni mcmana pulak nak pg tahap paling tinggi ni huh? (saje psiko kot)
    Calon PTD: Betul Datuk, ia agak mengecewakan sy juga kjetika itu, tetapi sy percaya yg rezeki sy belum smpai dan percaya rezeki ada di mana2. Tetapi Datuk juga yg mengatakan agak rugi sy mempunyai ijazah dan diploma yang cemerlang nak pegi kerja buat i/c org awam. (Psiko Datuk tu balik.)

    Datuk Ahmad: (pandang calon tu.) Apa persediaan yang kamu dah buat utk hari ni En. Rahim? (sambil Tuan Ayouf disebelah menyelak2 sijil2 aku satu persatu dan ijazah aku.)
    So, aku pon senaraikan sume persediaan yang aku dah buat dari A-Z (kacang je soalan tu, dlm BM plak so aku hujah la panjang2.. hehe).

    Datuk tu sambung soalan dia (tanpa lihat resume aku+sijil2 aku)..
    Datuk Ahmad: (lebey kurang la) Apa yang Encik Rahim faham mengenai….
    Soalan2 yang diutarakan kat aku (panduan PENTING utk semua calon yang bakal attend interview PTD plak nanti!)
    Datuk Ahmad Said:
    1) Berikan perbezaan antara kuasa2 yang ada pada Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)? (pd aku agak susah sket coz aku tau PBT DBKL je so aku xdpt bg cth lain. Tibe2 otak jadi tepu!)
    2) Apa yang ada dlm Perlembagaan Persekutuan? (kacang!)
    3) Apa yang dimaksudkan dengan ’seperation of powers’? (kacang!)
    4) Apa kaitan antara PTD dgn Parlimen Malaysia? (aku mengaku kantoi disini. Sebenarnya aku tau tapi aku terus hurai tugas akhir PTD di parlimen iaitu sbg pegawai pemerhati.)

    Di sini, aku telah ditegur oleh Datuk (aku amek positif), beliau kata mcmni…
    Datuk Said: Jwpan yg diberikan En. Rahim td tu kalau esei saya bg 10/100 je. Kalau dlm esei, En.Rahim nak jwb soalan A tp pg cerita utl esei B (smbil memandang calon tu penuh makna.)
    Calon PTD: (terkedu!) Memandang wajah Datuk dgn penuh ihsan! Hahaha
    Datuk Ahmad: (cuba menolong calon PTD tu) berapa bidang tugas PTD yg En. Rahim tau?
    Calon PTD: 8 Datuk (smbil menyenaraikan 1 persatu)
    Datuk Ahmad: Hah! Itu yang sepatutnya En. Rahim ckp awal2 tadi, MENGGUBAL dasar. kat Parlimen kerajaan membuat undang2 bukan?
    Datuk Ahmad: Bagaimana En.Rahim?
    Calon PTD: Maafkan saya Datuk, saya cuba lagi sekali (smbil memberikan hujah barunye…)
    Selesai dgn Datuk, Tuan Ayouf pulak menyoal aku…

    Antara soalan Tuan Ayouf (in English and his comm skills SUPERB! Excelolent english dia)
    (Aku translate in Malay ye haha)
    1) Encik Rahim minat apa? Ekonomi? Politik? General issues? (so aku terus la jwb POLITIK sir! aku harap dia tanya pasal politik Perak coz isu tu tgh hot gila skang, tapi…)
    2) Senaraikan dasar2 luar Presiden baru Amerika Syarikat Barrack Obama (aku terus telan air liur! tapi gorenggggggggggg)
    3) Pada pendapat aku, apa setiausaha negara US Hillary Clinton buat kat China skang? (telan air liur lagi! tapi gorengggggggggg dgn englisg tunggang langgang.)
    4) Apa pula yang bakal dibuat beliau (Hillary) di Middle East next month?? (aku gorengggg dgn english aku yang dah mmg *(&(*^*&%^!!!!)

    Lepas tu, Datuk Ahmad tgk jam, beliau minta aku buat conclusion..
    Datuk Ahmad: Apa sumbangan yang boleh diberikan oleh En.rahim sekiranya terpilih menjadi seorang PTD? (aku dah prepare so aku terus jwb 5 points. Nampak Datuk puas hati)
    Datuk Ahmad: Mengapa saya harus pilih En.Rahim?
    Datuk Ahmad: Ada apa2 soalan utk kami?
    Calon PTD: Jwb satu persatu dgn tertib tp byk goreng!

    Dan…
    Datuk Ahmad: Terima Kasih, itu saje…
    Calon PTD: Terima Kasih Datuk, Tuan (smbil salam kedua2 panel dan memberikan senyuman yang penuh bermakna!)
    Lastly, (aku keluar bilik dan tgk jam lebih kurang pkul 1.05 ptg! xsedar masa berjalan!)
    Aku mmg xberapa yakin boleh lepas tahap ni, AKU PERCAYA KALAU ADA REZEKI, AKU JD PTD TAHUN NI, kalo tak aku cuba lagi TAHUN NI! tu pon kalau lepas exam bulan lepas yg aku amek last month!
    Kawan2, doakan aku Lepas Interview PTD dan dpt berkhidmat dgn kerajaan as a PTD this year! nanti kalo aku jd PTD, meh aku sain luluskan ape kontrak korg eh, anak2 nak biasiswa ke (ahaks!) tapi yg LEGAL je la! hehe
    Sekian, terima kasih.
    Salam Ukhwuah,
    Last edited by Muaz Hadi; 07-20-2012 at 12:29 AM.

  5. #5
    Super Moderator
    Join Date
    Jun 2012
    Posts
    29
    Bagaimana dengan persediaan anda? Salam sukses untuk
    yang interview Sabtu nanti

  6. #6
    Junior Member
    Join Date
    Jul 2012
    Posts
    2
    Saya akan diinterview esok...
    hari ini baru nak mula study...baru baik dari deman...harap2 dapat settle baca semuanya dalam 1 hari....

  7. #7
    Super Moderator
    Join Date
    Jun 2012
    Posts
    29
    Quote Originally Posted by QALEESYA View Post
    Saya akan diinterview esok...
    hari ini baru nak mula study...baru baik dari deman...harap2 dapat settle baca semuanya dalam 1 hari....
    Okeh, masih sempat. Just go through laman web kastam
    untuk dapat input sedikit sebanyak

    Kadang soalan lebih umum untuk lihat kematangan calon
    dan pada ketika ini soalan santai2 sahaja




    ____________________________
    Untuk yang belum daftar sebagai ahli forum, boleh daftar di:
    [+] http://sembangkerjaya.com/register.php

  8. #8
    Junior Member
    Join Date
    Jul 2012
    Posts
    13
    admin xda tips utk temuduga pegawai antidadah ke?

  9. #9
    Administrator
    Join Date
    Apr 2012
    Posts
    21
    Quote Originally Posted by zuraidah View Post
    admin xda tips utk temuduga pegawai antidadah ke?
    Bila ya temuduga Pegawai Antidadah?







    ____________________________
    Untuk yang belum daftar sebagai ahli forum, boleh daftar di:
    [+] http://sembangkerjaya.com/register.php

  10. #10
    Junior Member
    Join Date
    Jul 2012
    Posts
    13
    saya pun kurang pasti cik admin,sebab keputusan baru keluar minggu ni,tapi kalau boleh nak sedia awal kiranya.

 

 

Tags for this Thread

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •  
 
 
Copyright © 2012, SembangKerjaya.com. All Rights Reserved.
No Duplication Permitted!