Di bawah penilaian MyRecruitment yang sudah mula dilaksanakan oleh SPA, setiap calon yang memohon untuk menjawat jawatan kerajaan harus melalui tapisan pertama iaitu UJIAN BERTULIS. Jika tahun 2010 ianya untuk jawatan Gred 41 (lulusan ijazah) tetapi bermula tahun 2012 ianya diterapkan perlaksanaannya dalam Gred 27 (lulusan Diploma) juga.
Format umum ujian bertulis mencakupi beberapa penilaian asas (bergantung pada Gred dan jawatan) yang boleh disimpulkan secara kasarnya;
- Pengetahuan Am/Berkaitan jawatan
- Soalan Matematik/Penyelesaian Masalah
- Kefahaman Teks (BM/BI)
- Esei (BM/BI)
Pada Gred 27 tiada penilaian yang melibatkan BM/BI (setakat Jun 2012), hanya tertumpu kepada Pengetahuan, soalan berkaitan jawatan dan soalan matematik.
Untuk persediaan mengenai "Pengetahuan Am", calon akan menghadapi masalah jika bergantung kepada nota yang tidak 'updated'. Contohnya jika zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, soalan berkaitan 'Islam Hadhari' menjadi antara soalan yang ditanya, tetapi tidak lagi pada tahun 2011/2012
Jadi persediaan yang paling TEPAT adalah, sentiasa baca suratkhabar dan peka kepada isu semasa
Bagaimana pula pendapat anda? Anda setuju? Jom sembang-sembang!